Search

Perjalanan Arab Saudi (Bhg II)

Pesawat ...

  • Share this:

Perjalanan Arab Saudi (Bhg II)

Pesawat dari Riyadh ke Jeddah berlepas pukul 1030 malam. Waktu asal 9 malam. Badan sudah sampai tahap keletihan yang maksimum. Saya tertidur sepanjang perjalanan dari Riyadh ke Jeddah...tak tahu apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Mendarat di Jeddah selepas tengah malam. Terus ke hotel dan merehatkan diri & minda yang sudah switch off jam 130 pagi. Satu hari yang berliku...KL-Jeddah-Riyadh-Jeddah...semua dalam masa 24 jam.

Di waktu pagi, sebuk dan penat menjawab semua mesej & email yang tidak terbalas selama 24 jam. Seluruh pagi habis. Masa sudah sampai untuk ke National Commercial Bank (NCB), bank terbesar di Arab Saudi. Misi utama saya di Saudi ialah mencari bank tempatan untuk menjadi rakan Berry Pay. Berry Pay adalah satu syarikat yang berada di Jakarta, Singapura dan KL. Saya adalah antara pelabur pertama dan juga sebagai Pengerusi syarikat. Di Jakarta, kami sudah mempunyai beberapa bank sebagai rakan untuk menjadikan rakyat yang unbankable bankable melalui sistem dan apps pintar kami. Ini adalah satu 'revolusi' dalam dunia kewangan khususnya bagaimana menjadikan orang awam yang tidak ada akaun di bank atau tidak tertarik dengan akaun biasa di bank disebabkan kos dan yuran (khususnya di Indonesia) menjadi pelanggan bank secara virtual account dan patuh AML (anti money laundering).

Cadangan kami kepada beberapa bank di Saudi adalah untuk bekerjasama untuk menjayakan konsep haji dan umrah tanpa wang tunai (cashless hajj and umrah). Ini juga sesuai dengan dasar Bank Pusat Arab Saudi (SAMA) ke arah masyarakat tanpa wang kertas atau plastik.

Semua perbincangan adalah memberangsangkan. Saya ditemani oleh pengasas dan CEO Berry Pay Azrin Abdullah. Selepas mesyuarat di NCB, kami bergerak ke IDB berjumpa beberapa rakan yang bertugas di sana. Ada juga perbincangan tentang UIAM dan pelajar antarabangsa dari OIC. Saya kena datang balik ke IDB di Disember untuk membuat beberapa follow up bagi pihak UIAM.

Perjalanan luar negara sentiasa membuka tingkap minda yang baru & cara fikir yang baru. Menariknya melalui perbincangan antara minda2 yang hebat, banyak idea baru dapat dijana.

Saya sudah tidak fikir tentang kepenatan lagi.

Sambung.....

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts